Tuesday, 12 September 2017

Tweaks : Liberty (bypass jailbreak detection on iPhone)



Hi semua, developer for iphone Mr Ryley telahpun develop 1 useful tweaks utk iphone yg telah di jailbreak. Aku ada pm beliau mohon masukkan list banking dari Malaysia dan alhamdulillah beliau done! Function tweaks ni utk elak jailbreak detect oleh sesetengah applikasi yg secure terutamanya banking app dan online products.

Dan bestnya tweaks ni juga termasuk banking di Malaysia spt Maybank dan Cimb!

Tweaks ni hanya terdapat di personal repo Mr Ryley. Nanti aku kasi repo dia.

Step
1. Add repo beliau di https://ryleyangus.com/repo/
2. Install app yg diperlukan spt Maybank or Cimb
3. Install tweaks named Liberty slps add repo beliau di Cydia. Refresh after add repo. Respring.
4. Pegi Setting cari Liberty on kan Maybank or Cimb dlm list utk bypass jailbreak detection. Done.

Nota Penting!!! (Updated 20 Ogos 2018)

  1. Makesure jgn run dulu app banking ni sblm install tweaks Legacy dan selepas add dlm list utk bypass detection baru buka banking app yg korang dah install.
  2. Liberty utk iOS 9-10 sesuai sgt. But utk ios 11 yg guna Electra Jailbreak, cuma guna Liberty Lite shj. 
  3. Kalu korang open CIMB bank without set first at Liberty Setting, Cimb akan banned terus ipa ni dari open kt iphone korang. Solution nya - delete and install balik Cimb ipa.


Bye

Source : Reddit

Tuesday, 8 August 2017

iOS : Jailbreak for iOS 9.3.5 Just Come Out Today!



Hi korang, jailbreak utk iOS 9.3.5 utk device 32bit telah dikeluarkan oleh genius Siguza and tihmstar. Antara device yg disokong iPhone 5, iPhone 4s, iPad mini 1. iPad 2 dll yg 32bit nyer. Sila ke web dibawah utk download. Explanation juga ada di sana.

Utk makluman jailbreak dia ni jenis semi untethered. Maknanya setiap kali lepas Off/Reboot perlu run balik Phoenix ipa utk jailbreak process. Dan juga perlu renew cert ipa setiap 7 hari kalu guna sendir nyer iTunes account.

Phoenix Jailbreak iOS 9.3.5

Car DIY : Civic FD - Rear Wheel Bearing Replacement

DIY : Tukar Hub Bearing Tayar Belakang / Civic FD Rear Wheel Bearing Replacement



 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dah lama tk citer pasal Civic FD. Memandangkan ari ni aku ada kerjakan Civic FD aku, jadi boleh gak citer and share pasal penyakit senggugut atau penyakit yg biasa dialami oleh Civic FD di alam yg fana ini. Salah satunya bearing tayar belakang yg akan rosak iaitu simptomnya bunyi berdengung bila semasa keta bergerak (80km/h ke atas bgantung kpd kondisi bearing). Kalu statik tu bukan bunyi bearing tu bunyi kentut. Haha ok. Sambung balik. Mmg rasa nk meroyan bila dgr bunyi dengung tu. Aku tk boleh. korang bleh?

Tips/Petua/Kaedah Periksa/Check Bearing Yg Dah Kaput/Rosak/Kong Kat Kereta

Senang jer. Elok ada 2 org. Cam kes aku adik aku tolong pusing tayar laju2 aku rasa/pegang spring absorber. 
  1. Jack keta korang amik mana2 tayar yg nk test. Cam aku dgr bunyi kt blkg so aku mulai dari blkg kiri.
  2. Agak2 tayar dah bebas atau terapung sila lepaskan handbrake baru bleh pusing tayar kan. Kalu xde org nk tlg sendiri pusing itu tyre sendiri rasa spring absorber. Kena pegang spring tu sblm tyre berenti pusing.
Mana2 bearing tyre yg rosak/kong akan menyebabkan getaran/vibrate pd spring yg korang pegang tu. Cam kes aku blah kiri takde pape. Bila try blah kanan sah mmg ada vibration/getaran

Kat Mana Nak Beli Bearing Tayar Civic FD?

Utk kes aku kena kt belakang so kena belilah yg blah belakang utk Civic FD ni. Yg bagusnya utk blah belakang tiada kerja pump bearing dibuat. Dia dtg set skali hub dia. Jadi mudah sebenarnya berbanding tukar kt depan, perlu cabut tierod end, drive shaft, nuckle bla bla bla mmg menangis la kalu buat sorang2 pastu tkde gun air compressor. Dah la tu tempat buat kerja tu kena luas seket. Kalu blkg ni simple mudah. Aku wat kt parking keta aku jer.

Aku cuba survey kos utk penggantian jika dibuat di bengkel. Saje2 tnya kos repair siap pasang pada Ogos bulan merdeka ke brp tu? Di Keramat yg permai ni
  1. RM280 utk Non NTN bearing aka bukan ori siap pasang.
  2. RM400 utk NTN bearing original siap pasang.
Solution?  Beli sendiri kt Honda Part Dealer Jalan Ipoh siap GST RM233.20. Kalu xde Nejib (GST) baru RM220. Original NTN Bearing. Beli rokok Dunhill RM17, duit myk motor RM5, Air Sirap Bandung RM2 total RM302.20. Save lebih kurang RM100 der. Penat seket je pon.

Brand Lain Boleh Pakai Tak? Ok yg ni aku serius cakap. Benda bergerak elok pakai ikut spec asal. Yg tiruan lg bahaya beb. Kalu Spoiler cap ayam no hal nyer kalu tk ori tp yg ni mlibatkan isu safety. Mahal seket tp realible. Kalu brand 3rd lain yg mmg ada jaminan no hal nyer. 1 lg effect kalu pakai fake ada kes ABS Sensor problem lepas pasang. Naya kan?

Tool Required
  1. Rear hub bearing baru
  2. Jack
  3. Box Spannar Size 12, 14 dan 19mm
  4. Ring Spanner Size 12, 14 dan 19mm
  5. Screw driver bunga serta leper
  6. Impact tools bunga besar
  7. Hammer
  8. Antirush
  9. Tali
  10. Korang
  11. Kecekalan
  12. Sabar
  13. Sirap bandung
  14. Dunhill
Step By Step To Remove Hub Bearing

Step 1
Longgarkan nut tayar, tanggalkan nut dan tayar. Ada lima nut skali lock size 19mm.


Step 2
Memandangkan gun air compressor aku di kg kasik bapak aku mencederakan kenderaannya. Aku buat secara manual shj di bawah garaj keta. Sblm jack keta aku longgar sedikit nut tayar yg nk bukak tu. Ok jack keta korang. Aku pakai jack 1 ton beli dulu kt Brothers (ada lg ke kedai ni?) rege dia RM40 jer 10 tahun dulu alhamdulillah dah keluar masuk 6 jenis keta masih takde leaking. Makesure jack tu letak kt tapak bawah keta di tempat yg sepatutnya kang terlucut bahaya beb. Korang ada personal insurance tk? Aku xde. Ok teruskan.


Step 3
Tanggalkan brake hose holder blkg hub bearing tu. 1 screw size 12mm.



Step 4
Tanggalkan caliper. Slps tanggalkan aku gantung tali kt caliper ke arm tayar tk bagi caliper tergantung kang putus hose minyak brake padan muka ko dah tambah keje. 2 screw size 14mm.




Step 5
Cabut 2 screw bunga yg hold disc brake di hub tu. Masa nk ketuk guna hammer tu tembak seket WD40 (antirush) Kasi sng seket nk tanggalkan disc tu. Aku guna impact tool size bunga kasar. Masa ni korang dah boleh pusing tapak hub ni sbb disc dah cabut so ringan seket. Mmg rasa tersekat2 pusingan dia.







Step 6
Buka screw yg pegang hub tu. Agak sukar sbb ruang sempit. Gunakan ring spannar dan box. Ada 2 screw blah depan 2 lg blah blkg. Gambar bawah utk 2 screw blkg. gambar depan takyah korang sendiri bleh rasa. 4 screw size 14mm.






Step 7
Pasang balik sila ikut turutan akhir ke awal. Makesure masa pasang balik tu Hub dia berada mengikut side yg sepatutnya. Elak kotoran semasa masukkan hub ke tapak dia. Jgn usik2 sensor ABS tu. Salah step ABS boleh menyala suka hati kan dah susah.











Sekian, bai...

Sunday, 18 June 2017

Free Today iPhone Apps : Time Lock Pro [RM16.90]

Free for today! 18 June 2017.
Harga asal USD3.99 or RM16.90 but free for temporary!

Fungsi dia utk protect atau sorokksn data dpt gambar, video, password login, voice memo dll.

TimeLock Pro: Encrypted Data Vault by ProtectStar Incorporated


Monday, 29 May 2017

UPDATE 29 May 17 : Jailbreak iOS 10.1.1 With Stable Version (extra_recipe+yaluX)

Jailbreak iOS 10.1.1 With Stable Version (extra_recipe+yaluX) beta3 beta4


Luca telah release stable version ipa utk jailbreak iPhone7/7+ iOS 10.1.1 last week. Slpas seminggu pakai, ada perbezaan dr segi kestabilan dia. Belum pernah kena reboot lg. Safemode tu ok lg.

Apa Perbezaan Dgn Mach Portal?
Paling penting utk version ini (extra-recipe+yaluXb3b4), Luca dah pun enable kan substrate bermakna sifatnya sama spt jailbreak sblm ini. Tak perlu korang enable kan substrate secara manual selepas reboot ataupun melalui tweaks. Boleh respring melalui Cydia atau di Springboard.

Kaedah Install extra_recipe+yaluX beta3

  1. Anda  perlu jailbreak melalui Marc Portal dahulu sbb extra_recipe tidak running bersama Cydia. Beta4 kini akan load bersama Cydia. Tidak perlu lg jailbreak melalui Mach Portal dahulu.
  2. Jgn delete lg Marc Portal. Install dahulu extra+recipe menggunakan Cydia Impactor.
  3. Uninstalled any tweaks yg enable kan substrate spt Cydia Respring Fix, Respring Icon, Exucuter Yalub3, Order 65 Yalub3 jika install melalui repo Developer.
  4. Reboot. Kemudian keluarkan apps jika ada runing di multitasking.
  5. Click extra_recipe, tunggu sehingga iPhone anda reboot. Jika gagal cuba lg. Aku lebih 5 kali baru ok. Biasa tu.

Bye...

Muat Turun Firmware/Perisian/iPSW/Sistem Operasi Gajet Apple / Download Link For All Of Apple Device IPSW/Software/Firmware

Muat Turun Firmware/Perisian/iPSW/Sistem Operasi Gajet Apple / Download Link For All Of Apple Device IPSW/Software/Firmware


Senang jer, layari laman web berikut dan pilih mengikut keperluan anda. Untuk makluman semua link yang diberikan oleh laman web ini adalah direct ke server Apple bukan melalui pihak ketiga. Jadi semua data/maklumat adalah selamat/secure.


Kebaikan Muat Turun Secara Langsung/Advantage of Download Directly From Apple Server

Senang korang nak manage file/firmware/software/ipsw Apple dlm 1 folder. Boleh monitor version kemaskini atau yg lama. Juga senang nk download firmware version tertentu (jika Appe masih signing version tersebut) dan mudah bila nk restore/update kt iTunes. Dan paling penting kalu iPhone korang ada masalah perlu gunakan iTunes bila firmware dah download siap2 maka mudah dan cepatlah. Antara perisian Apple yg boleh di download adalah:-


  1. iPhone iOS
  2. iPad iOS
  3. iPod iOS
  4. Apple Tv iOS
  5. iTunes
  6. Apple Watch



Contoh : Katakan korang ingin memuat turun iOS 10.3.2 untuk iPhone 7 Plus


Step 1

Layari website di atas. Sebab korang nk download firmware iPhone so pilih icon iPhone lah.


Step 2
Pilih iPhone model anda, jika tk pasti sila google. Kalu iPhone korang mmg My set dah sah2 model GSM bukan Global ye Tuan-Tuan. Ok next aku pilih iPhone 7 Plus GSM.


Step 3
Paparan version firmware yg masih signed atau telah tidak di signed akan muncul. Maksud signed ni Apple masih benarkan kita utk gunakan firmware version tersebut. Contoh sini yg masih signed utk iPhone 7 Plus adalah version 10.3.1 dan 10.3.2 (sehingga 29 May 2017).

Step 4
Click kat iOS yg korang nk (yg atas tu masih signed la ye) lepas tu next slide tekan Download dan bermulalah proses muat turun. Biasanya size firnware iPhone ni lebih 2GB ye akak-akak. Kalu line guna Unifi 30MB speed alhamdulillah tp kalu line jenis dial up mau seminggu siap hahahaha. Ok serius balik.


Step 5
File tengah download, Aku guna line hotspot UMobile dari iPhone aku sbb coverage weaked maka 2 hari jugalah anggaran nk download. Hahahaha.


Step 6
Bila dah siap korang boleh gi kat folder Download di PC korang (atau folder lain jika korang set lain).

Step 7
Pastikan jika korang nk Restore/Update menggunakan iTunes perlu Disable kan Find My iPhone dulu) atau jika sblm ini iPhone korang problem dan dlm mode DFU, korang perlu masukkan Apple ID dan password selepas tamat reinstall firmware.

Step 8
Buka Itunes, sambungkan iPhone anda, selepas icon iPhone muncul di iTunes korang sila click icon tersebut dan kemudian pilih Update atau Restore iPhone

Step 9
Aku dah malas, hahahaha. Next korang akan nmpak progress verification dan install iOS di iPhone korang. Biasanya dlm 10 minit siap.

Bye...

Wednesday, 24 May 2017

Sorokkan Ikon Applikasi Di iPhone Tanpa Jailbreak

Kaedah Sorokkan Applikasi di iPhone Untuk Non Jailbroken iPhone.

Korang rujuk video yg aku sertakan. Aku gunakan iPhone 7 Plus iOS 10.1.1



Antara syarat keperluan utk sorokkan icon di home screen iPhone korang adalah:-


  1. Hanya akan jadi di home screen korang yg penuh dgn apps. Kalu ada 1 ruang kosong confirm tk jadi. Maksudnya apps tu perlu di drag ke home screen yg penuh. Kalu di home screen asal tk penuh takpe asalkan apps tu perlu di drag ke screen yg penuh sbb kita guna trick create folder sbb screen tu dah penuh dgn apps kan?
  2. Pilih mana2 apps yg mau. Hold sehingga keluar tanda pangkah kat sudut icon.
  3. Drag ke screen yg penuh masukkan ke salah satu apps maka dia akan create folder.
  4. Bila folder dah create jgn lepaskan apps yg di drag tadi, tarik pula ke area dock baru lepas apps yg di drag tu, korang akan nampak tetiba icon tu hilang.
  5. Done.
Bagaimana Nak Keluarkan Apps Yg Disorokkan?

Restart iPhone korang atau Off dan On kan semula iphone. Kalu tk muncul lepas restart padan muka korang lah. Hahahaha.



Kaedah Sorokkan Applikasi di iPhone Untuk Jailbroken iPhone.

Senang, gi Cydia, install HidemeX tapi kena bayar la ek.

Bye...

Tweaks : Liberty (bypass jailbreak detection on iPhone)

Hi semua, developer for iphone Mr Ryley telahpun develop 1 useful tweaks utk iphone yg telah di jailbreak. Aku ada pm beliau mohon masuk...