Tuesday, 8 August 2017

iOS : Jailbreak for iOS 9.3.5 Just Come Out Today!



Hi korang, jailbreak utk iOS 9.3.5 utk device 32bit telah dikeluarkan oleh genius Siguza and tihmstar. Antara device yg disokong iPhone 5, iPhone 4s, iPad mini 1. iPad 2 dll yg 32bit nyer. Sila ke web dibawah utk download. Explanation juga ada di sana.

Utk makluman jailbreak dia ni jenis semi untethered. Maknanya setiap kali lepas Off/Reboot perlu run balik Phoenix ipa utk jailbreak process. Dan juga perlu renew cert ipa setiap 7 hari kalu guna sendir nyer iTunes account.

Phoenix Jailbreak iOS 9.3.5

Car DIY : Civic FD - Rear Wheel Bearing Replacement

DIY : Tukar Hub Bearing Tayar Belakang / Civic FD Rear Wheel Bearing Replacement



 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dah lama tk citer pasal Civic FD. Memandangkan ari ni aku ada kerjakan Civic FD aku, jadi boleh gak citer and share pasal penyakit senggugut atau penyakit yg biasa dialami oleh Civic FD di alam yg fana ini. Salah satunya bearing tayar belakang yg akan rosak iaitu simptomnya bunyi berdengung bila semasa keta bergerak (80km/h ke atas bgantung kpd kondisi bearing). Kalu statik tu bukan bunyi bearing tu bunyi kentut. Haha ok. Sambung balik. Mmg rasa nk meroyan bila dgr bunyi dengung tu. Aku tk boleh. korang bleh?

Tips/Petua/Kaedah Periksa/Check Bearing Yg Dah Kaput/Rosak/Kong Kat Kereta

Senang jer. Elok ada 2 org. Cam kes aku adik aku tolong pusing tayar laju2 aku rasa/pegang spring absorber. 
  1. Jack keta korang amik mana2 tayar yg nk test. Cam aku dgr bunyi kt blkg so aku mulai dari blkg kiri.
  2. Agak2 tayar dah bebas atau terapung sila lepaskan handbrake baru bleh pusing tayar kan. Kalu xde org nk tlg sendiri pusing itu tyre sendiri rasa spring absorber. Kena pegang spring tu sblm tyre berenti pusing.
Mana2 bearing tyre yg rosak/kong akan menyebabkan getaran/vibrate pd spring yg korang pegang tu. Cam kes aku blah kiri takde pape. Bila try blah kanan sah mmg ada vibration/getaran

Kat Mana Nak Beli Bearing Tayar Civic FD?

Utk kes aku kena kt belakang so kena belilah yg blah belakang utk Civic FD ni. Yg bagusnya utk blah belakang tiada kerja pump bearing dibuat. Dia dtg set skali hub dia. Jadi mudah sebenarnya berbanding tukar kt depan, perlu cabut tierod end, drive shaft, nuckle bla bla bla mmg menangis la kalu buat sorang2 pastu tkde gun air compressor. Dah la tu tempat buat kerja tu kena luas seket. Kalu blkg ni simple mudah. Aku wat kt parking keta aku jer.

Aku cuba survey kos utk penggantian jika dibuat di bengkel. Saje2 tnya kos repair siap pasang pada Ogos bulan merdeka ke brp tu? Di Keramat yg permai ni
  1. RM280 utk Non NTN bearing aka bukan ori siap pasang.
  2. RM400 utk NTN bearing original siap pasang.
Solution?  Beli sendiri kt Honda Part Dealer Jalan Ipoh siap GST RM233.20. Kalu xde Nejib (GST) baru RM220. Original NTN Bearing. Beli rokok Dunhill RM17, duit myk motor RM5, Air Sirap Bandung RM2 total RM302.20. Save lebih kurang RM100 der. Penat seket je pon.

Brand Lain Boleh Pakai Tak? Ok yg ni aku serius cakap. Benda bergerak elok pakai ikut spec asal. Yg tiruan lg bahaya beb. Kalu Spoiler cap ayam no hal nyer kalu tk ori tp yg ni mlibatkan isu safety. Mahal seket tp realible. Kalu brand 3rd lain yg mmg ada jaminan no hal nyer. 1 lg effect kalu pakai fake ada kes ABS Sensor problem lepas pasang. Naya kan?

Tool Required
  1. Rear hub bearing baru
  2. Jack
  3. Box Spannar Size 12, 14 dan 19mm
  4. Ring Spanner Size 12, 14 dan 19mm
  5. Screw driver bunga serta leper
  6. Impact tools bunga besar
  7. Hammer
  8. Antirush
  9. Tali
  10. Korang
  11. Kecekalan
  12. Sabar
  13. Sirap bandung
  14. Dunhill
Step By Step To Remove Hub Bearing

Step 1
Longgarkan nut tayar, tanggalkan nut dan tayar. Ada lima nut skali lock size 19mm.


Step 2
Memandangkan gun air compressor aku di kg kasik bapak aku mencederakan kenderaannya. Aku buat secara manual shj di bawah garaj keta. Sblm jack keta aku longgar sedikit nut tayar yg nk bukak tu. Ok jack keta korang. Aku pakai jack 1 ton beli dulu kt Brothers (ada lg ke kedai ni?) rege dia RM40 jer 10 tahun dulu alhamdulillah dah keluar masuk 6 jenis keta masih takde leaking. Makesure jack tu letak kt tapak bawah keta di tempat yg sepatutnya kang terlucut bahaya beb. Korang ada personal insurance tk? Aku xde. Ok teruskan.


Step 3
Tanggalkan brake hose holder blkg hub bearing tu. 1 screw size 12mm.



Step 4
Tanggalkan caliper. Slps tanggalkan aku gantung tali kt caliper ke arm tayar tk bagi caliper tergantung kang putus hose minyak brake padan muka ko dah tambah keje. 2 screw size 14mm.




Step 5
Cabut 2 screw bunga yg hold disc brake di hub tu. Masa nk ketuk guna hammer tu tembak seket WD40 (antirush) Kasi sng seket nk tanggalkan disc tu. Aku guna impact tool size bunga kasar. Masa ni korang dah boleh pusing tapak hub ni sbb disc dah cabut so ringan seket. Mmg rasa tersekat2 pusingan dia.







Step 6
Buka screw yg pegang hub tu. Agak sukar sbb ruang sempit. Gunakan ring spannar dan box. Ada 2 screw blah depan 2 lg blah blkg. Gambar bawah utk 2 screw blkg. gambar depan takyah korang sendiri bleh rasa. 4 screw size 14mm.






Step 7
Pasang balik sila ikut turutan akhir ke awal. Makesure masa pasang balik tu Hub dia berada mengikut side yg sepatutnya. Elak kotoran semasa masukkan hub ke tapak dia. Jgn usik2 sensor ABS tu. Salah step ABS boleh menyala suka hati kan dah susah.











Sekian, bai...

Tweaks : Liberty (bypass jailbreak detection on iPhone)

Hi semua, developer for iphone Mr Ryley telahpun develop 1 useful tweaks utk iphone yg telah di jailbreak. Aku ada pm beliau mohon masuk...