1. Menghilangkan
hijab (penutup)Perubahan zaman dan budaya manusia menyebabkan pakaian lebih
berfesyen dan semakin banyak baju yang merendahkan aurat. Pada tahap ini
syaitan berbisik kepada wanita dengan berkata bahawa pakaian hanyalah sekadar
hiasan dan tiada berpengaruh dengan agama. Justeru itu, tidak mengapa sekiranya
memakai pakaian yang membuka aurat. Namun, teknik ini tidak semestinya berkesan
terutama kepada wanita yang berpendirian dan percaya bahwa memakai pakaian
syar’i ialah satu ibadah dan bukan sekadar berfesyen. Jika hasutan ini gagal,
syaitan akan beralih kepada strategi yang lebih licik seperti di bawah.
2. Membuka
bahagian tangan
Aurat wanita
meliputi seluruhnya kecuali muka dan tapak tangan. Seharusnya menjadi kebiasaan
tapak tangan tidak ditutup. Jadi, syaitan mengambil kesempatan ini untuk
menghasut wanita dengan berkata, “Tak mengapa jika memakai baju lengan pendek.
Kamu masih pakai tudung.” Di pasaran pula banyak pakaian berlengan pendek
terutamanya fesyen baru. Wanita yang terpedaya pun memakai baju lengan pendek
dan ternyata ia kelihatan biasa pada pandangannya maupun pandangan seorang
lelaki, lalu syaitan berbisik lagi, “Tidak mengapa kan..?”
3. Membuka leher
dan dada
Setelah menjadi
kebiasaan merendahkan sebagian lengan, datang lagi syaitan dan berbisik, “Tak
mengapa kan membuka lengan. Sekarang ada fesyen baru yang merendahkan bahagian
dada. Baju ini terbuka sedikit saja agar kamu tidak terasa panas. Orang pasti
berkata biasa saja.” Wanita itupun memakailah baju tersebut, daripada
merendahkan sedikit, sehingga yang nampak lagi bahagian dadanya.
4. Berpakaian
tetapi bertelanjang
Tidak cukup
dengan itu, syaitan membawa lagi idea baru. Kali ini syaitan berbisik, “Baju
kamu itu dah biasa dah ramai orang yang pakai. Sekarang ini ada fesyen baru
lagi. Baju ini tipis dan ketat saja. Boleh kamu tunjukkan bentuk badan kamu
yang cantik itu. Tidak mengapa, sebab potongan baju ini masih panjang.” Maka
wanita ini pun memakai baju berfesyen sebegitu sehingga menjadi kebiasaan malah
baju yang dipakai semakin ketat dan jarang. Jadilah mereka wanita yang disebut
oleh Nabi sebagai kasiyat ‘ariyat (berpakaian tetapi telanjang).
5. Membuka
sedikit
Setelah memakai
pakaian ketat dan jarang, datang lagi syaitan dan berbisik, “Susah la kalau
kamu pakaian ketat semacam ini. Bergerak pun terasa terbatasi. Apa kata kamu
cuba kain yang telah dibelah sampai ke lutut. Nanti lebih senang kamu untuk
duduk. Tidak mengapa kamu rendahkan sedikit saja yang penting kamu selesa.”
Maka dipakailah pakaian wanita yang terbelah. Ternyata ia memberi keluasan dan
memudahkan dalam bergerak.
6. Membuka
telapak kaki dan tumit
Syaitan berbisik
lagi, “Sudah tak sesuai lagi kamu berpakaian begini. Kain ini masih bagus
walaupun dibelah hingga lutut. Kamu potong saja lagi hingga di atas tumit. Kamu
pendekkan kain ini sehingga atas tumit untuk memudahkan kamu berjalan.” Wanita
terus mengikuti godaan syaitan ini dan memakai kain singkat serta ditambah pula
dengan kasut tumit tinggi.
7. Membuka
separuh betis
Sekarang, wanita
ini sudah biasa memakai kain singkat dan ternyata masih kelihatan biasa pada
pandangan orang. Syaitan berbisik lagi, “Fesyen kamu ni masih biasa saja. Orang
macam tak kisahkan. Apa kata kamu cuba fesyen lain yang lebih menonjol. Di
pasaran banyak kain skirt. Tak perlu beli yang sangat pendek. Yang separuh
betis saja.” Sekarang ni syaitan sudah menjadi seperti penasihat peribadinya.
Maka dituruti hasutan tersebut. Pada tahap ini tudung sudah tidak dipakai.
8. Membuka
seluruh betis
Wanita ada
terfikir, “Betulkah tindakan aku ni? Apakah tidak berselisih dengan wanita
zaman nabi dulu?” Syaitan pula menggunakan muslihat dengan mengaitkan zaman
dahulu dengan sekarang. Syaitan berkata, “Ahh!! Tidak.. Sekarang zaman dah
berubah. Dulu lelaki tak suka kalau perempuan menampakkan auratnya, tetapi
lelaki sekarang banyak yang suka. Yang seksi-seksi terutama, mesti tidak terlalu
seksi tapi terbuka sedikit. Di pasaran banyak pakaian zaman sekarang yang
menampakkan seluruh betis. Kalau kamu tidak ikut kamu akan ketinggalan zaman.”
Maka pakailah wanita tersebut pakaian yang menampakkan seluruh betis.
9. Serba mini
Setelah pakaian
menampakkan seluruh betis menjadi kebiasaan, datang lagi syaitan menghasut,
“Pakaian kamu perlu ada variasi. Jangan pakai yang seperti itu saja. Kamu perlu
pakai skirt mini. Kamu akan nampak lebih seksi dan menawan.” Maka pakailah
wanita ini skirt mini malahan bukan skirt saja yang mini, bajunya, skirtnya,
semuanya dah menjadi kecil dan seksi. Bajunya juga sudah bervariasi seperti
berlengan pendek, merendahkan sebagian dada dan sebagian pehanya. Ada yang
dikhaskan untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian
malam dan sebagainya.
10. Hampir semua
terbuka
Muncul pula
keinginan untuk mandi di kolam renang terbuka dan pantai. Syaitan berbisik,
“Pakailah kamu bikini.. Semua orang di sana pakai baju itu. Kamu tak perlu
malu.” Wanita ini pun tanpa segan lagi memakai bikini yang hanya menutup
sebahagian dada dan pahanya. Dia pun bersuka ria terutama apabila semua lelaki
memandangnya. Pada tahap ini auratnya sudah tidak diendahkan lagi.