Trip ini telah dirancang sejak 2013! dan akhirnya berjaya direalisasikan pada 12-13 Mac 2016. Seramai 13 orang menyertai trip ini dan ringkasannya seperti di bawah.
Ringkasan
- Seramai 13 orang yg join. 12 dari KL sorang dari Kuantan.
- Menggunakan 4 buah kereta. 3 dari KL 1 Kuantan. Melalui Highway KL-Karak-Kuala Berang. Tol RM6+RM3+RM21. Masa diambil lebih kurang 7 jam untuk sampai dari KL ke Kuala Berang.
- Houseboat utk 2 hari 1 malam. Sewaan RM1500. Ada houseboat lebih mahal bergantung kepada size boat dan bilangan orang.
- Kos keseluruhan lebih kurang RM3000 termasuk kos pegi dan balik/makan minum/tol. Tiap orang menyumbang RM200 seorang.
- Hari pertama (Sabtu) sesi memancing dari pagi sampai petang. Malam BBQ, sambung mancing, Main daun, Karaoke dan tido.
- Hari kedua (Ahad) memancing pada pagi. Tengahari bergerak balik sambil singgah di Air Terjun. Sampai di Jeti jam 5 petang. Bergerak ke KL selepas makan kira-kira jam 6 petang.
Rumusan
- Jika ada hardcore memancing, seeloknya 3 hari 2 malam diambil utk meneroka lubuk-lubuk yg berpotensi.
- Ikan lebih mudah dipancing selepas musim tengkujuh. Memang sukar nk dapat ikan time kemarau seperti yg group aku alami.
- Umpan pula samada gunakan yg tiruan (untuk casting) atau hidup serta mati. Biasanya umpan hidup atau mati disediakan oleh tekong. Rujuk houseboat anda.
- Cari tekong housebuat yg ngam atau kenal bagi memudahkan mereka membawa anda ke spot terbaik untuk memancing. Usaha tangga kejayaan.
- Alhamdulillah ada juga ikan yg diperolehi dengan bantuan tekong dan awak-awaknya. Cara? rahsia. Hehe.
- Malam di Kenyir mmg sejuk. Tengahari panas. Kalu berani boleh terjun tp kena pandai berenanglah atau gunakan lifejacket.
- Sesetengah tempat (kebanyakannya) tiada network. Jadi hubungi insan tersayang sebelum ke situ.
- Bekalan untuk makan atas houseboat pastikan mencukupi. Jangan ingat ikan boleh dapat.
- Next trip - Royal Belum.
Pic 1 : Meeting sebelum trip
Pic 2 : Pagi di Kuala Berang
Pic 3 : Selfie sementa!
Pic 4 : Macam Signboard jalan padahal laluan air!
Pic 5 : Landing!
Pic 6 : Hehehe....
Pic 7 : Ikan mane ko ikan...
Pic 8 : Mandi jap
Pic 9 : Sarapan pagi. Lapo beb!
Pic 10 : Seram tak? Dalam tu...
Pic 11 : Allahuakhbar. Cantik pemandangan dia!
Pic 12 : Mandi dulu di jeram sebelum balik!
Pic 13 : Bergambar sebelum balik
Pic 14 : Makan tengahari sebelum pulang ke KL
Pic 15 : Hasil kutipan. Hehe....
Pic 16 : Huhuhu....
Pic 17 : Otw balik KL