Thursday, 1 September 2016

Trip : Memancing Ke Tasik Kenyir (Fishing at Kenyir Lake)

Trip ini telah dirancang sejak 2013! dan akhirnya berjaya direalisasikan pada 12-13 Mac 2016. Seramai 13 orang menyertai trip ini dan ringkasannya seperti di bawah.


Ringkasan

  1. Seramai 13 orang yg join. 12 dari KL sorang dari Kuantan.
  2. Menggunakan 4 buah kereta. 3 dari KL 1 Kuantan. Melalui Highway KL-Karak-Kuala Berang. Tol RM6+RM3+RM21. Masa diambil lebih kurang 7 jam untuk sampai dari KL ke Kuala Berang.
  3. Houseboat utk 2 hari 1 malam. Sewaan RM1500. Ada houseboat lebih mahal bergantung kepada size boat dan bilangan orang.
  4. Kos keseluruhan lebih kurang RM3000 termasuk kos pegi dan balik/makan minum/tol. Tiap orang menyumbang RM200 seorang.
  5. Hari pertama (Sabtu) sesi memancing dari pagi sampai petang. Malam BBQ, sambung mancing, Main daun, Karaoke dan tido.
  6. Hari kedua (Ahad) memancing pada pagi. Tengahari bergerak balik sambil singgah di Air Terjun. Sampai di Jeti jam 5 petang. Bergerak ke KL selepas makan kira-kira jam 6 petang.

Rumusan

  1. Jika ada hardcore memancing, seeloknya 3 hari 2 malam diambil utk meneroka lubuk-lubuk yg berpotensi.
  2. Ikan lebih mudah dipancing selepas musim tengkujuh. Memang sukar nk dapat ikan time kemarau seperti yg group aku alami.
  3. Umpan pula samada gunakan yg tiruan (untuk casting) atau hidup serta mati. Biasanya umpan hidup atau mati disediakan oleh tekong. Rujuk houseboat anda.
  4. Cari tekong housebuat yg ngam atau kenal bagi memudahkan mereka membawa anda ke spot terbaik untuk memancing. Usaha tangga kejayaan.
  5. Alhamdulillah ada juga ikan yg diperolehi dengan bantuan tekong dan awak-awaknya. Cara? rahsia. Hehe.
  6. Malam di Kenyir mmg sejuk. Tengahari panas. Kalu berani boleh terjun tp kena pandai berenanglah atau gunakan lifejacket.
  7. Sesetengah tempat (kebanyakannya) tiada network. Jadi hubungi insan tersayang sebelum ke situ.
  8. Bekalan untuk makan atas houseboat pastikan mencukupi. Jangan ingat ikan boleh dapat.
  9. Next trip - Royal Belum.
Pic 1 : Meeting sebelum trip

Pic 2 : Pagi di Kuala Berang

Pic 3 : Selfie sementa!


Pic 4 : Macam Signboard jalan padahal laluan air!

Pic 5 : Landing!


Pic 6 : Hehehe....

Pic 7 : Ikan mane ko ikan...

Pic 8 : Mandi jap

Pic 9 : Sarapan pagi. Lapo beb!


Pic 10 : Seram tak? Dalam tu...

Pic 11 : Allahuakhbar. Cantik pemandangan dia!


Pic 12 : Mandi dulu di jeram sebelum balik!

Pic 13 : Bergambar sebelum balik

Pic 14 : Makan tengahari sebelum pulang ke KL

Pic 15 : Hasil kutipan. Hehe....

Pic 16 : Huhuhu....


Pic 17 : Otw balik KL








No comments:

Post a Comment

Tweaks : Liberty (bypass jailbreak detection on iPhone)

Hi semua, developer for iphone Mr Ryley telahpun develop 1 useful tweaks utk iphone yg telah di jailbreak. Aku ada pm beliau mohon masuk...