Saturday, 11 March 2017

Cara Nak Clean Install macOS Sierra 10.12 On Mac [Tutorial ByBudakCivic]

Cara Nak Clean Install macOS Sierra 10.12 On Mac

[Tutorial By BudakCivic - just nk bantu korang diluar sana je ni terutamanya bg korang yg nk jual macbook tu digalakkan fresh install agar data2 lama yg wujud dlm macbook dpt dihilangkan serta mengelakkan dr disalahguna atau dicuri datanya. Gila malas nk menaip nih. Brp ratus minit nk taip lg translate lg. Tp sbb dh janji kena teruskan. Harap dia baca.]



Step 1: 
Pertamanya, perlu download macOS Sierra 10.12.3 dari  Mac App Store. Click kat tajuk besar macOS Sierra dalam column Featured or click kat Quick Links ada macOS Sierra. Pastu tunggulah bbrp minit jika pakai UniFi paling mahal or berhari-hari jika guna Streamyx paling murah pastu adik beradik yg lain share wifi yg sama dok sibuk nk download movie. Mohon terajang unifi tu pastu sama2 tk bleh guna baru puas hati. Hahaha. Ops tu jgn buat acah je ni.




Bila installer dah tamat download (senyum sikit dekat 5gb tu), pangkah/close installer tu jgn proceed sbb kita nk buat fresh install kt macbook korang kan guna USB Drive.

Step 2:
So sekarang kita nak buat bootable USB drive agar kita bleh fresh-install macOS Sierra directly to our machines (Bahasa rojak2 sikit ok kan). So kalu korang g Finder pastu Applications korang bleh Nampak Install macOS Sierra tu dah ada kan. Ok next…




So sekarang nk buat bootable macOS Sierra using flash USB drive. Rujuk Step 3 ni. 

Step 3:
Ada USB Drive? Capacity at least 16gb selamat seket. Sambungkan pd macbook korang. Pastu gi Launcher, pilih Disk Utility, bila dah open gi area blah kiri tu kat External pilih USB drive yg korang dah masuk, hit the Erase button kt atas.



Step 4:
Title dia biarkan Untitled. Make sure korang select the format as OS X Extended (Journaled) and the scheme as GUID Partition Map. Once that is done, hit the Erase button to continue.





Step 5:
Bila dah siap, close Disk Utility, gi Launcher lg pilih Terminal app.



Step 6:
Ok sekarang copy command dibawah dan paste dlm Terminal and hit Enter. Pastikan select dari sudo hingga nointeraction. Copy tu betul2 even ter space pon bleh myebabkan gagal. Cik kiah oi jgn la dok merendah diri sgt. Kalu aku pandai aku dh jadi pm. Ok cik kiah tu selingan jer.

sudo /Applications/Install\ macOS\ Sierra.app/Contents/Resources/createinstallmedia --volume /Volumes/Untitled --applicationpath /Applications/Install\ macOS\ Sierra.app --nointeraction

Pastikan sama spt di atas, salah 1 space ka 1 huruf ka maka berkecailah usaha aku.

Step 7:
Lepas tekan enter tu, masukkan administrator password (password Login masa korang onkan Macbook). Untuk makluman password ni takkan appear dlm terminal masa korang type password tu. Dia nampak gambar kunci jer. Bila dah betul tekan Enter.




Maka Terminal display akan tunjukkan bbrp proses erase download bleh bleh bleh. Kalu failed jgn salah macbook atau guide aku ni. Korang la kena muhasabah diri ade la tu salah kt mana2 tadi. Biasanya amik masa dlm 15-20 minutes depending on your Mac model. Bila dah siap Terminal akan display “Done” at the bottom, meaning that the bootable drive has been created successfully. Yahoo. Jom next step.


Sekarang sila exit dari Terminal app and then eject your drive dulu.

Step 8:
Ok masukkan balik USB bootable drive dlm Macbook korang, tekan restart. Masa Macbook tgh boots up, korang tekan Option key jgn lepaskan sampailah keluar menu, bg option utk pilih yg mana kita nk boot. Maka pilihlah install macOS Sierra. Tekan Continue.



Step 9:
Slps macbook korang buat checking apa yg patut, macOS Utilities menu will appear. Pilih Disk Utility from the available options and hit Continue to proceed to the next stage.



Step 10:
Bila Disk Utility is loaded, make sure that the main Mac hard drive is selected from the left hand side, dan click on Erase button. Make sure the Name of the HDD kekal “Macintosh HD” jgn mandai2 nk ubah! Nak kena terajang? Format selected is “Mac OS Extended (Journaled)”. Hit the Erase button, making sure that you fully understand the consequences and that all data will be erased. Lepas ni xde dah nk dapat balik data2. Say gud bye to photo selfie korang blkg umah ka atas pokok ka tgh cuci keta ka apa2 lah.


Step 11:
Lepas semuanya dah erased, dan secara logiknya kt macbook korang dah tk function. Jgn sekali2 gatal tangan nk cabut USB Drive! Sbb hayat macook korang skrang bgantung kpd USB Drive tu. Masa ni, korang kena pangkah/close Disk Utility dan dia akan automatic ke macOS Utilities, select Install macOS and hit Continue.




Lepas click Install macOS, tingkap baru akan keluar dan sila click Continue, pastikan Macintosh HD dimana macOS Sierra akan dipasang dlm macbook korang, teknikalnya akan dipasang dlm hard drive of the machine, and click Install.





Tunggulah bbrp ketika semasa proses installing a fresh clean version of macOS Sierra akan bermula. Siap kini macbook korang dh jadi mcm baru lah masa beli baru kecuali calar dan kemek tu hasil kecuaian korang.

FINISH DAH!


Thursday, 9 March 2017

Cara Gunakan Cydia Impactor Bagi Memasang IPA Apps Untuk Non-Jailbroken Phone

Pengenalan


Cydia Impactor adalah perisian yg serba boleh yang boleh dipasang di komputer yg menggunakan sistem Windows, Linux dan Mac. Cydia Impactor ini boleh melakukan beberapa tugas untuk kedua-dua perisian iOS dan Android. Apapun aku nk tunjukkan bagaimana kita boleh menggunakan Cydia Impactor memasang aplikasi/permainan iOS tanpa memerlukan peranti iPhone korang melalui proses jailbroken.

Cydia Impactor ni telah dikodkan semula bagi memperkenalkan ciri-ciri baru untuk kedua-dua Android dan iOS. Ciri yang paling penting adalah untuk mendaftar (sign) dan memasang IPA pada iOS dan fail APK pada Android.


Fungsi/Kegunaan

Cydia Impactor adalah salah satu aplikasi popular bagi banyak pembangun untuk sideload aplikasi untuk tujuan ujian. 
Memasang applikasi yg tidak terdapat di Apple Store seperti Nes/Nintendo dll. 
Memasang applikasi yg telah diubahsuai tanpa perlu melakukan proses jailbreak. 


Sideloading

Sideloading ni kaedah/teknik yang digunakan untuk memuat naik applikasi (IPA atau APK) yang disimpan di pc masing2 atau mendapatkan selain daripada memuat turun dari Apple Store.

Keperluan 
  1. Apple ID. Dicadangkan jgn guna Apple ID asal korang. Sgt digalakkan create yg baru/palsu. Asas je kan. Tk susah pon. Bukan apa, takut Apple detect dan boleh revoke Apple ID anda nanti dh susah kan. 
  2. Pastikan korang sudah ada iTunes di Komputer. Kemaskini jika perlu. 
  3. Korang juga perlukan IPA file yg akan dipasang melalui Cydia Impactor. Jika boleh sila download dan simpan di Dekstop PC korang. 
  4. Muat turun Cydia Impactor daripada laman web rasmi. Cydia Impactor ni available untuk Windows, Mac dan Linux. Extract selepas download gunalah winrar atau yg korang rasa hensem. Untuk memudahkan sila muat turun Cydia Impactor ini dan simpan di dekstop PC anda. Create la satu folder boh kt dekstop tu nanti extract takde berterabur file2 dia. Dah susah peah nk cari. 
Bagaimana untuk Sign dan Run iOS IPA Files Dengan Menggunakan Cydia Impactor

Step 1
Sambungkan iPhone anda kepada PC guna kabel lah.

Step 2
Halakan/Gi kt Cydia Impactor yg korang dah simpan di Dekstop tu, tekan kanan mouse pilih open. (PENTING : Jgn pilih Run As Administrator - confirm sampai ke tua korang gagal).


Step 3
Selepas ia dapat detect iPhone korang, sila seret/drag fail IPA yg korang dah download dan lepaskan dlm kawasan Cydia Impator tu. Korang akan nampak mesej popup +COPY baru lepaskan mouse tu. Kalu gagal jugak, gi jer kat Cydia Impator tu, pilih Device kendian Install Package cari folder dimana IPA disimpan.


Step 4
Nanti akan ada mesej popup minta Apple ID dan kata laluan. Masukkan Apple ID tipu atau acah2 korang.

Masukkan Apple ID


Password


Step 5
Harap bersabar dan biarkan Cydia Impactor melaksanakan tugasnya tuk sign dan install fail IPA. Kalu gagal maknanya korang atau PC yg perlu muhasabah.

Sedang


Sikit lagi 


Nk siap dah


Yes!


Step 6
Memandangkan korang bukan Developer apps, maka Apple ID yg korang gunakan utk install apps dlm iPhone korang hanya sah utk 7 hari sah sahaja. Kalu guna Developer account, bleh dpt 1 tahun. Tp yuran dia setaun mahal nyah. 

Step 7
Sekarang korang dah boleh open/start main aplikasi/games yg korang install guna Cydia Impactor ni.

Masalah/Isu

Applikasi/games yg korang install ni cuma boleh run selama 7 hari shj (atau setahun jika korang Developer, tp aku pecaya korang yg baca ni bukan developer kan? Hahahaha). Ops sambung balik. Abis 7 hari ni Applikasi/Permainan yg korang install melalui kaedah ini akan crash. Jgn risau, data selamat selagi korang tk delete apps nih. Just gi kt PC, sambung balik iPhone macam Step 1 untuk validate balik 7 hari itu. 
Apple ID revoked by Apple. Jarang Apple ID personal revoked by Apple (malah tk dgr lagi kes revoked menggunakan Apple ID persona). Yg revoked biasanya apabila menggunakan ID Enterprise Developer. Apapun lebih baik guna Apple ID yg tipu2/acah2 jika korang rasa tk secure. 

Semak tak?

Kalu semak sila gunakan mcm2 provider di alam maya yg sediakan kemudahan utk install IPA tanpa jailbreak. Biasanya fee yg dibayar ni valid utk 1 tahun. Tk payah nk guna Cydia Impactor download bagai pastu gagal nk terajang nk sepak PC ke meja korang ke kan tk baik tu. Kaedah ni nanti aku senaraikan pihak yg bleh provide service install IPA memandangkan aku dlm mood malas sekarang. Hahaha.

Link untuk download 
IPA File. Aku sgt galakkan korang dpatkan IPA file ni dari sini sbb boleh dipercayai budak ni. Dah tu sentiasa dikemaskini. Kalu tk pecaya korang ubahsuai sendiri atau reka sendiri yg mana aku yakin bedooh je tu. Most IPA file dari bro ni boleh guna kat iPhone korang yg non jailbroken. Link dia sini. Kredit kpd Mr Hollr2099 yg bersusahpayah. Kalu byk duit donate la sikit kt dia. Tp taknya kan yelah duit kita ni dah la murah. Konbet ke currency dia brp je dpat? 

IPA File Yg Popular Dimuat Turun

Facebook+ 
Twitter+ 
Instagram+ 
Youtube+ 
Nes 
Nintendo 
Gameboy 
AirShou 
iCapture10 
Playbox HD 


Jika ada pertanyaan sila simpan dlm hati. Nanti aku jawab dari hati ke hati. Hahaha...


Tweaks : Liberty (bypass jailbreak detection on iPhone)

Hi semua, developer for iphone Mr Ryley telahpun develop 1 useful tweaks utk iphone yg telah di jailbreak. Aku ada pm beliau mohon masuk...