Sejarah Islam : Pemerintahan Sultan Abul Muzaffar Muhy-ud-Din Muhammad Aurangzeb Alamgir
Abul Muzaffar Muhy-ud-Din
Muhammad Aurangzeb Alamgir (4 November 1618-20 Februari 1707), lebih dikenal
sebagai Aurangzeb atau gelaran pemerintahannya Alamgir (Penakluk Dunia)
merupakan sultan Mogul keenam yang memerintah dari tahun 1658 sampai wafatnya
pada tahun 1707. Beliau merupakan pemerintah Mughal yang terbesar diantara
orang-orang Mughal yang menguasai anak benua India. Dia berjuang sepanjang
hidupnya untuk meluruskan kesalahan-kesalahan yang dibuat oleh moyangnya yang
murtad serta penuh nafsu yakni, Akbar Khan dan datuknya yang gemar bermewah,
Jahangir.
Akbar Khan yang buta huruf disebut
“Akbar The Great” oleh sejarawan non Muslim, nafsunya diperbudak oleh
perempuan-perempuan Rajput, dan bahkan dengan lancang mendirikan sebuah agama
baru “Deen E Elahi”, beliau hanya mendapatkan sedikit pengikut saja selama hidupnya dan agama itu mati apabila
beliau meninggal dunia. Masa pemerintahannya yang lama benar-benar merupakan malapetaka
besar bagi agama Islam di anak benua ini. Beliau menekan kaum muslim dan
menganak emaskan orang hindu. Orang hindu yang akhirnya kuat membangkang pada
masa Aurangzeb dan merupakan penyebab runtuhnya Jahangir, yang gemar mengumbar
hawa nafsu dan menyerahkan urusan negaranya kepada permaisurinya Noor Jahan.
Shah Jahan, ayah Aurangseb, cuba menerapkan pola-pola Islam dalam
pemerintahannya dan lembaga-lembaga negaranya, tetapi beliau lebih tertarik
untuk mendirikan bangunan-bangunan hebat seperti Taj Mahal, Masjid Mutiara, Masjid
Juma dan Benteng Merah di Delhi. Dia dikenal sebagai pelopor terbesar
bangunan-bangunan hebat dalam sejarah.
Tugas menegakkan syiar Islam
yang benar jatuh pada Aurangseb yang kuat, yang melaksanakan
kewajiban-kewajibannya sebagai seorang Kaisar dengan keberanian dan keteguhan
luar biasa. Tugas yang dihadapinya adalah untuk menumpaskan penyelewengan dan
pemberontak, kerana Akbar dan Jahangir tidak berpandangan jauh ke depan
sehingga telah membuat pemberontak itu menjadi semakin besar. Ketika beliau meninggal,
Kekaisaran Mughal telah terbentang sampai batas paling jauh. Dia telah
menegakkannya diatas dasar yang lebih teguh. Namun jika penggantinya tidak lemah, maka kekuasaan Muslim di India tidak akan
tercatat seperti sekarang ini.
Muhammad Muhiudin Aurangzeb,
putera ketiga Kaisar Mughal Shah Jahan dilahirkan di Dhud, 4 November 1618.
Ibunya bernama Mumtaz Mahal (Arjumand Banu Begum). Sifatnya yang soleh sudah
tampak ketika Aurangzeb masih muda, yang selalu berusaha menekan perasaan atau
gejolak batinnya atas kecendrungan-kecendrungan nafsu berfoya-foya seperti yang
dimiliki oleh datuknya, Jahangir. Setelah sebuah pemberontakan yang dilakukan
oleh ayahnya gagal, sebagian masa kecil
Aurangzeb dihabiskan sebagai tahanan rumah di istana datuknya, Jahangir.
Muhammad Saleh Kamboh Salafi adalah salah satu gurunya waktu masih kanak-kanak.
Setelah wafatnya Jahangir pada tahun 1627,
Aurangzeb kembali berkumpul dengan orang tuanya. Kepadanya diberikan
pendidikan yang mendalam mengenai keagamaan dan keduniawian, ilmu pemerintahan
dan berbagai latihan ketenteraan. Pada usianya yang masih muda, Ia telah
membuktikan dirinya sebagai pemilik tahta Mughal yang paling cekap dan
mempunyai masa depan yang cemerlang. Suatu saat Aurangzeb muda bersama-sama ayahandanya,
beberapa saudara lelakinya dan banyak tokoh negara menyaksikan gajah beradu di
Benteng. Salah satu gajah mengamuk dan lari menuju penonton. Sang raja,
Permaisuri, dan para tamu lain berlarian menyelamatkan diri. Tapi Aurangzeb
tetap ditempatnya meskipun telah diteriak agar lari. Gajah itu lalu menyerang
Aurangzeb yang sendirian dan berusaha mengangkat dengan belalainya. Pada saat
itu sang pangeran mencabut pedangnya dan melibas dengan kuat belalai gajah itu.
Kerana merasa kesakitan, gajah itu kemudian lari. Shah Jahan betul-betul gembira
menyaksikan keberanian Aurangzeb, dan sebagai tanda syukur, sang raja menyedekahkan
wang emas kepada kaum miskin.
Sebagaimana pemerintah lain,
Shah Jahan memberikan kekuasaan kepada anak-anaknya. Aurangzeb mendapat tugas
memimpin ekspedisi ketenteraan ke Dekkan (1634). Kerana berjaya, pada tahun
1636, Aurangzeb diangkat sebagai Subahdar (wakil raja) Dekkan termasuk
Khandesh, Berer, Telangana, dan Daulatabad dengan 64 benteng. Beliau mengalahkan
pemimpin Mahratta, Shahji Bhonsla yang menyerahkan diri pada tahun 1636. Pada
masa ini beliau mulai membangunkan kota baru dekat ibu kotanya yang lama Khirki
yang kemudiaan ia namakan Aurangabad. Pada tahun 1637, beliau bernikah dengan Rabia
Durrani. Selama tempoh ini, keadaan Dekkan adalah aman. Namun diistana Mughal,
Shah Jahan mulai menunjukan bahawa beliau lebih menyukai dan sentiasa
melebihkan putera tertuanya Dara Shikuh. Pada tahun 1644, adik perempuan
Aurangzeb, Jahanara Begum mendapat kecelakaan kebakaran di Agra. Kejadian ini adalah
bermulanya krisis di dalam keluarga tersebut. Ayahnya tidak senang kepada
Aurangzeb kerana lambat kembali ke Agra iaitu tiga minggu selepas kejadian itu,
dan bukannya segera datang. Shah Jahan memecatnya sebagai gabernor Dekkan pada
1654. Namun Aurangzeb kemudian mengatakan bahawa beliau mengundurkan diri
sebagai protes dari ayahnya yang lebih memihak Dara.
Pada tahun 1645, beliau dilarang
keluar dari Istana selama 7 bulan. Tetapi kemudian Shah Jahan mengangkatnya
sebagai gabernor Gujarat dimana dia berjaya mengawal pemberontakan selama dua
tahun. Hasilnya Aurangzeb sebagai ketua pemerintahan dan panglima benar-benar
diakui oleh sang Kaisar sehingga ia diberi tugas untuk memimpin
ekspedisi-ekspedisi ketenteraan yang rahsia di Balkh dan Badakshan pada tahun
1647 (sekarang Afghanistan dan Tajikistan), menggantikan adiknya yang tidak cekap,
Murad Baksh. Dalam suatu perang dahsyat menghadapi pasukan berkuda bangsa Uzbek
pimpinan Abdul Aziz di Balkh itu pasukan Mughal berkali-kali melancarkan
serangan, namun gagal disebabkan orang-orang Uzbek yang perkasa. Aurangzeb yang
memimpin serbuan dengan mendadak turun dari kudanya pada saat matahari terbenam
untuk melakukan sholat magrib. Orang-orang Uzbek yang dikejutkan oleh
keberanian panglima Mughal ini menghentikan gerakan mereka. Komandan mereka
berteriak ” beliau adalah seorang soleh.
Kami tidak akan berperang melawan orang yang begitu berani dan kuat beribadah”
dan mereka mengundurkan diri dari pertempuran.
Sebagai penghargaan atas kejayaannya
ditengah-tengah situasi yang sangat berbahaya, akhirnya beliau diangkat sebagai
gabenor Multan dan Sindh, Maret 1648. Dari sini beliau mulai melakukan serangan
ketenteraan berkepanjangan terhadap tentera Safawi dalam merebut kota Kandahar.
Dia gagal, sehingga ayahnya tidak menyenanginya lagi.
Sekali lagi beliau diberi
tugas yang paling berat di kekaisaran ketika beliau menjadi wakil raja di
Dekkan untuk kedua kalinya pada Januari 1653. Ketika itu keadaan wilayah ini menyedihkan
kerana dibiarkan oleh gabernor-gabernor sepeninggalnya Aurangzeb menduduki
jabatan barunya di Gujarat. Rakyatnya malas. Banyak tanah dibiarkan, hutan
tidak digarap, desa ditinggalkan penduduknya dan pungutan pajak dibuat sewenang-wenangnya.
Panglima muda itu mencurahkan perhatiannya untuk memperbaiki pengurusan wilayah.
Tanah-tanah dibuka dan ditingkatkan kesuburannya. Dia yakin bahawa pengurusan
yang efisien mampu menaikan produktiviti.
Disisi lain, Aurangzeb bercita-cita
untuk menakluk negara tetangganya, Golkanda (1657), yang diperintah secara
buruk. Sejumlah besar pegawai yang beragama hindu berkomplot dengan para pemberontak
Mahratta melawan kekuasaan Mughal. Akan tetapi beliau dihalang oleh Pemerintah
Shah Jahan yang secara sistematik telah diracuni anaknya yang tertua, Dara
serta penasihat-penasihatnya.
Hal yang sama terjadi tatkala
Aurangzeb menyerang kerajaan Bijapur (1658), yang kebetulan penguasanya adalah
teman panglima Dara. Kala itu, Aurangzeb telah menduduki Bihar dan Kalyani,
tapi kemudiannya dilarang untuk
meneruskan usahanya oleh Shah Jahan, atas desakan Dara.
Perang Tahta
Shah Jahan jatuh sakit pada
tahun 1657. Atas sebab ini, perang takhtai pun bermula. Dara, anak tertua, kerana
berada di Istana, memiliki banyak hak istimewa kerajaan. Dia betul-betul seperti
moyangnya, Akbar Khan yang lebih cenderung ke agama hindu dan benci terhadap
kaum muslim. Sementara Shah Jahan lebih tertarik untuk mendirikan
bangunan-bangunan hebat, berada dibawah pengaruh jahat Dara. Shuja, anak kedua,
gabernor Bengal suka bermewah seperti datuknya, Jahangir. Murad putera keempat,
gabernor Gujarat tidak lebih baik. Baik Shuja mahupun Murad menyatakan
kemerdekaan daerah mereka masing-masing dan juga menyuruh agar namanya
dibacakan didalam Kutbah Jumat. Mereka mengumpulkan harta kekayaan
masing-masing.
Aurangzeb, putera ketiga dan
yang paling cekap, lebih suka duduk dipinggir pagar melihat perkembangan ketiga
saudaranya yang bergerak maju ke Agra. Akhirnya, Aurangzeb berpihak kepada
Murad dan bersama mengalahkan tentara
kerajaan dibawah pimpinan panglima Rajput Jaswant Singh dalam pertempuran di
Dharamatpur dekat Ujjain, pada April 1658. Aurangzeb dan Murad terus maju ke
Agra. Dara, yang bangga dengan kekuatan tenteranya, keluar dari Agra diiringi satu
lakh (10 ribu) pasukan berkuda dan 20 ribu pasukan infanteri untuk menghalang serangan
kedua saudaranya. Pertempuran sengit berlaku di Samugarh, 5 Juni 1658, dimana
pasukan kerajaan pimpinan Dara dikalahkan dengan kerugian yang besar, dan sang
pemimpin sendiri lari meninggalkan medan peperangan menyelamatkan diri.
Kerana sifatnya Murad yang
suka mabuk, Aurangzeb menangkap Murad dan memenjarakannya di Gwalior. (Kemudian,
pada tahun 1661, dia didakwa atas dakwaan pembunuhan Ali Naqi). Sementara Dara
mengumpulkan kembali pasukannya dan bergerak ke Punjab. Tentara Mughal yang
dikirim menghadapi Shuja terperangkap di timur, jeneralnya, Jai Singh dan Diler
Khan, menyerah kepada Aurangzeb, tetapi mengizinkan putera Dara, Sulaiman Soh
untuk melarikan diri. Aurangzeb menawarkan Shuja untuk menjadi gabernor Bengal.
Langkah ini membuat Dara terkejut dan menyebabkan banyak tenteranya membelot ke
Aurangzeb. Namun, Shuja, yang meragukan ketulusan Aurangzeb, masih memerangi
saudaranya itu. Shuja dihadapi oleh panglimanya Aurangzeb yang terkenal, Mir
Jumla di Khajna dekat Fatehpur. Shuja dikalahkan dan dikejar sehingga sampai ke
daerah-daerah garis depan timur Bengal. Dia menghilangkan diri dipergunungan Arakan dan tidak pernah kembali
selepas itu. Di sini pula Jaswant Shing mengulangi pengkhianatannya. Sembari
berjuang mendampingi Shuja, beliau menyelip keluar dari pertempuran bersama
pengikutnya ditengah-tengah peperangan.
Sementara itu, Dara berpindah
dari satu tempat ke tempat lain mengelak dari ditangkap oleh orang-orang
Aurangzeb dan sempat berada di Muthra, Punjab, Multan, Sindh serta Gujarat. Dia
meminta bantuan kepada panglima Raja Jaswant Shing yang kemudian
mengkhianatinya. Dara akhirnya tertangkap di Lahore dan dipenggal kepalanya
atas perintah ulama yang menjatuhkan hukuman mati kepadanya kerana
kepercayaannya yang bertentangan dengan agama.
Kemudian Shah Jahan dikurung
oleh Aurangzeb di benteng Agra untuk mengelakkan pemberontakan. Namun sang ayah
diperlakukan dengan segala hormat sesuai dengan kedudukannya. Beliau tinggal
disana sampai wafatnya pada tahun 1666. Aurangzeb akhirnya menaiki takhta
sebagai Pemerintah Mughal pada bulan Jun 1659. Beliau memerintah dari istananya
di Delhi. Segera selepas menaiki takhta, Aurangzeb meninggalkan pandangan agama
yang liberal oleh pmerintah sebelumnya. Beliau menggantikan peraturan Hindu
dengan Islam. Untuk itu beliau telah menghasilkan hukum Islam dalam karya
agungnya yang dikenal dengan Fatwa-e-Alamghir.
Secara berperingkat Aurangzeb
menghapuskan semua tradisi yang tidak sesuai dengan hukum Islam. Beliau menerapkan
kembali jizyah yang telah dihapuskan Akbar. Penerapan jizyah ini kemudian
mendapat kritikan keras dari sebahagian
besar sejarawan Hindu. Padahal jizyah tidak lebih dari pajakan perang yang
dikumpulkan dari warga bukan muslim yang berbadan sihat yang tinggal di negara
muslim yang tidak ingin menjadi sukarelawan untuk mempertahankan negara. Bermakna,
pajak tersebut tidak dikenakan kepada bukan Muslim yang bersedia untuk membela
negara. Pajak ini juga tidak dikenakan kepada perempuan, anak-anak mahupun dari
lelaki cacat atau tua. Atas pembayaran pajak seperti itu, pemerintah Muslim
berkewajiban melindungi kehidupan, harta dan kekayaan warga bukan Muslim. Untuk
alasan apapun jika pemerintah gagal melindungi warga negaranya, khususnya
selama perang, jumlah kena pajak akan dikembalikan.
Dipihak lain zakat (2.5% dari
kekayaan) dan 'ushr (10% dari produk pertanian) dikumpulkan dari semua Muslim,
yang memiliki kekayaan (melebihi minimum tertentu, yang disebut nisab). Mereka
juga membayar sedekah, fitrah, dan khums. Tidak satu pun dari hal ini dikenakan
bagi bukan Muslim. Faktanya pendapatan negara dari umat Islam beberapa kali lebih banyak
dari bukan Muslim. Sementara itu Auranzeb banyak melakukan penghapusan pajak.
Dalam bukunya Pengurusan Mughal, Sir Jadunath Sarkar, sejarawan terkemuka pada
dinasti Mughal, menyebutkan bahawa selama pemerintahan Aurangzeb, hampir enam
puluh lima jenis pajak itu dihapuskan, yang mengakibatkan kehilangan pendapatan
tahunan sebanyak lima puluh juta rupee dari perbendaharaan negara.
Selanjutnya untuk menegakkan
kehidupan agama islam di dalam masyarakat, Aurangzeb berusaha menerapkan pola
baru dengan mengangkat muhtasib (petugas pengawas akhlak), yang mempunyai kuasa
untuk mengawal perjudian, pelacuran, penggunaan dadah, minuman keras, serta
hal-hal yang merosak moral lainnya (1659 M).
Akhlak Aurangzeb menurut R.C.
Majumdar dan S.M. Ikram sangat mengagumkan. Beliau taat beragama, gagah berani,
kuat ingatan, keras dan pantang menyerah, tidak seperti pemerintah lainnya. Dia
seorang sultan yang soleh, sederhana, dan menghindari kesenangan duniawi.
Sebagai seorang raja beliau tidak pernah duduk di singgahsananya.
Aurangzeb merupakan orang yang
senantiasa menjadi perbincangan dikalangan sejarahwan. Beliau sebagai
satu-satunya penguasa Mughal yang secara disiplin menerapkan syariat Islam.
Pada masa pemerintahannya jajahan Mughal sangat luas, melebihi masa Akbar,
tetapi cara pemerintahannya berbeza dengan Akbar. Beliau berusaha untuk memberi
corak keislaman di India yang majoritinya beragama Hindu.
Kekuasaaan Aurangzeb juga
mendapat pengiktirafan dari negara-negara muslim lain. Sekitar 1661-1667 M,
mereka mengirimkan dutanya ke India seperti: Sharif Mekah, Raja Persia, Balkh,
Bukhara, Kasghar, Urganj (Khiva), Shahr-e-Nau, Gubernur Turki di Basrah,
Hadramaut, Yaman, serta Raja Abessinia.
Namun dari penguasa muslim
yang memerintah India dari 712-1857, mungkin tidak satupun yang menerima
kecaman/cacian dari penulis barat dan hindu sebagaimana Aurangzeb. Beliau
digambarkan sebagai seorang Muslim yang tidak toleran, anti Hindu, yang
memungut pajak ke atas mereka dan berusaha mengislamkan mereka dengan membuat
diskriminasi terhadap mereka melalui jabatan-jabatan pentadbiran dan mengganggu
soal keagamaan mereka. Pandangan ini dipromosikan oleh pemerintah India melalui
buku-buku teks sekolah dan kampus sejarah pembahagian India (setelah tahun
1947). Hal ini dibuat untuk memburukkan salah satu penguasa india terbaik yang
soleh, ilmiah, suci, dermawan, toleran, kompeten, dan berpandangan jauh.
Namun, beberapa tahun terakhir
ini beberapa sejarawan Hindu mulai menolak pandangan ini. Sebagai contoh,
sejarawan Babu Nagendranath Banerjee menolak tuduhan paksaan ke atas kaum Hindu
agar bertukar ke agama Islam oleh penguasa muslim dengan menyatakan bahawa jika
itu tujuan mereka maka di India hari ini tidak akan jumlah penduduk Hindu
hampir empat kali lebih banyak jika dibandingkan dengan Muslim, meskipun
faktanya Kaum Muslim memerintah disana selama sekitar 1000 tahun.
Banerjee menentang hipotesis
Hindu yang menyatakan Aurangzeb anti-Hindu dengan alasan bahawa jika hal ini
benar bagaimana dia melantik seorang Hindu sebagai panglima tentera? Tentunya, beliau
boleh sahaja melantik seorang panglima Muslim yang layak diposisi itu. Banerjee
kemudian lebih lanjut menyatakan : "Tidak seorang pun harus menuduh
Aurangzeb berfikiran anti Hindu. Dalam pemerintahannya, dasar negara dirumuskan
oleh orang-orang Hindu. Dua Hindu memegang posisi tertinggi di Perbendaharaan
Negara. Beberapa Muslim berprasangka bahkan mempertanyakan kebaikan
keputusannya untuk melantik bukan Muslim untuk jawatan tinggi tersebut. Aurangzeb
membantah dengan menyatakan bahawa dia telah mengikuti kaedah-kaedah Syari'ah
(Hukum Islam) yang menuntut untuk melantik orang yang tepat diposisi yang
tepat."
Selama pemerintahan Aurangzeb
yang lima puluh tahun itu, banyak Hindu seperti Jaswant Singh, Raja Rajrup,
Kabir Singh, Arghanath Singh, Prem Dev Singh, Dilip Roy, dan Rasik Lal Crory,
memegang jabatan pentadbiran yang sangat tinggi. Dua panglima peringkat
tertinggi dalam pemerintahan Aurangzeb, Jaswant Singh dan Jaya Singh adalah
Hindu. Sementara panglima Hindu lainnya yang mengetuai tentera yang terdiri daripada
Raja Vim Singh dari Udaypur, Indra Singh, Achalaji dan Arjuji. Bayangkan, jika
Aurangzeb anti orang Hindu, mengapa beliau menempatkan orang-orang Hindu ke
posisi tinggi, khususnya dalam bidang ketenteraan, yang mana posisi tersebut boleh
melakukan pemberontakan melawan dan menjatuhkannya dari takhta?
Kebanyakan umat Hindu lebih
menyukai Akbar berbanding Aurangzeb dengan alasan di pejabat pentadbirannya diistananya
mempunyai petugas dari pelbagai etnik dimana kaum Hindu turut serta. Sejarawan
Shri Sharma menyatakan bahwa Ketika Sultan Akbar berkuasa, hanya ada empat
belas Hindu yang menjadi Mansabdars (pejabat tinggi) di istananya, sedangkan
Aurangzeb menempatkan 148 Hindu untuk
posisi yang tinggi di istananya. (Ruj : Pemerintahan Mughal) Tetapi fakta ini
kurang diketahui.
Beberapa sejarawan Hindu
menuduh Aurangzeb atas penghancuran Kuil Hindu. Bagaimana pertuduhan ini dibuat
terhadap tokoh yang telah dikenali yang soleh, seorang penganut Islam yang
taat? Al-Qur'an melarang setiap muslim untuk mengikut kehendaknya terhadap bukan
Muslim dengan menyatakan bahawa "Tidak ada paksaan dalam agama."
(surah al-Baqarah 2:256). Surah al-Kafirun dengan jelas menyatakan:
"Bagimu agamamu dan bagiku adalah agamaku." Hal ini tidak mungkin
dilakukan oleh seseorang yang faham Islam seperti Aurangzeb untuk melakukan
hal-hal yang bertentangan dengan ketetapan Al Qur'an.
Menariknya, edisi 1946 dari
buku teks sejarah Etihash Parichaya (Pengantar Sejarah) yang digunakan di
Bengal untuk siswa kelas 5 dan 6 menyatakan : "Jika Aurangzeb berniat
menghancurkan kuil hindu untuk diganti menjadi masjid, maka tidak akan ada satu
pun kuil hindu berdiri tegak di India. Sebaliknya, Aurangzeb memberi tanah yang
luas untuk digunakan sebagai kuil dan mendukung pembangunannya di Benares,
Kashmir dan tempat lain. Malah dokumen rasmi (geran) untuk tanah ini juga masih
ada. "
Sebuah ukiran batu di Balaji
bersejarah atau Candi Wisnu, terletak di utara Chitrakut Balaghat, masih
menunjukkan bahawa pembangunan itu diarahkan oleh pemerintah sendiri. Bukti pemberian
tanah Aurangzeb untuk agama Hindu yang terkenal terletak di Kasi, Varanasi dan
dengan mudah dapat disahkan dari catatan perbinaan yang masih ada di situ. Buku
pelajaran yang sama juga menyatakan: "Selama lima puluh tahun pemerintahan
Aurangzeb, tidak seorang Hindu pun yang dipaksa untuk memeluk Islam. Dia tidak
mengganggu kegiatan agama Hindu." (hal. 138). Alexander Hamilton, seorang
sejarawan Inggeris, yang mengunjungi India menjelang akhir pemerintahan
Aurangzeb, mendapati bahawa setiap orang bebas untuk melayani dan menyembah
Tuhan dengan caranya sendiri.
Perluasan Pemerintahan Mughal
Dari awal pemerintahannya
sampai kematiannya, Aurangzeb terlibat dalam peperangan. Dia membina pasukan
tentera besar dan memulakan program perluasan ketenteraan di sepanjang semua jajahan
kerajaannya. Pasukan Aurangzeb bergerak ke barat daya ke Punjab dan
Afghanistan, ia juga pantas ke selatan, menakluk tiga kerajaan Islam: Nizam
dari Ahmednagar, Adilshahi dari Bijapur dan Qutbshahi dari Golkonda.
Nizam Ahmednagar, Adilshahi
Bijapur menyerah sebahagian besar wilayah mereka yang ditadbir oleh Mughal
Nawab. Namun Qutbshahi dari Golkonda menolak untuk menyerah dan memperkuat pertahanannya
dengan menggunakan modal tambang Kollur (satu-satunya tambang berlian di dunia pada
masa itu). Setelah pengepungan yang lama dibuat, pasukan Mughal berjaya menembusi benteng
dengan menawan sebuah pintu gerbang. Qutbshahi dari Golkonda dan Abul Hasan
Quthb Syah menyerahkan Intan Nur-Ul-Ain, Intan Harapan, Intan Wittelsbach dan
Intan Wali sehingga membuat Pemerintah Mughal menjadi raja terkaya di dunia.
Pemberontakan
Pemerintahan Aurangzeb dipenuhi
dengan berbagai pemberontakan di jajahannya yang jauh dari Pemerintah Mughal.
Para pemberontak terutama kaum Mahratta, Rajput, Jat dan Sikh, yang khuatir apabila
seorang Muslim yang keras seperti Aurangzeb menjadi kuat, mula berpakat melawan
kekuasaan Mughal. Kaum Pathan juga ingin menangguk di air keruh ketika perang saudara
diantara para putera Mughal. Mir Jumla panglima Aurangzeb secara efektif
menumpaskan elemen-elemen yang mengacau jauh di Bengal serta menakluk Assam dan
Cooch Bihar. Panglima yang gagah ini wafat pada tahun 1663 sehingga Aurangzeb
kehilangan orang yang paling dipercayai. Bengal termasuk daerah-daerah Dataran
tinggi Chittagong serta Pulau Sandwip ditaklukan oleh bapa saudara Aurangzeb,
Shaista Khan.
Kaum Hindu memberontak melawan
pemerintah Islam Aurangzeb dan meletus pertama kalinya di Agra didalangi oleh
orang-orang Jat dibawah pimpinan Gokla, Zamindar dan Tipat. Tetapi
pemberontakan itu ditumpaskan dengan mudah pada (1669). Pada tahun 1670 Shivaji
dari Mahratha menyatakan pemberontakannya kepada Mughal. Pada tahun 1671, berlaku
pertempuran Saraighat diantara Kerajaan Mughal dan Kerajaan Ahom. Selama
pertempuran Mughal itu dipimpin oleh Mir Jumla II dan Shaista Khan. Dalam pertempuran
Admiral Mughal, Munnawar Khan dibunuh. Pada tahun 1672, Kaum Satnami, sebuah mazhab
Hindu, yang mempercayai klenik, dibawah pimpinan Bhirbhan memberontak dengan
bantuan orang-orang Rajput. Mereka dikalahkan pasukan Mughal dengan kerugian
yang teruk.
Ditahun yang sama(1672)
masyarakat suku Pastun memberontak dibawah pimpinan prajurut penyair Kushal
Khan Khattak yang dicetuskan dengan adanya isu tentera Mugal pimpinan Gabernor Amir Khan menganiaya wanita dari
suku Safi di Kunar. Suku-suku Safi menyerang tentera. Serangan ini menyebabkan
pembalasan, yang menimbulkan pemberontakan umum dari sebahagian besar suku. Bagi
mengembalikan kekuasaannya, Amir Khan memimpin sejumlah besar pasukan Mughal ke
Khyber Pass. Disana pasukan itu dikepung dan diusir, dengan meninggalkan hanya
empat orang, termasuk Gabernor yang cuba melarikan diri.
Setelah itu pemberontakan semakin
merebak disepanjang wilayah Pastun. Penutupan laluan perdagangan Attock-Kabul
membuatkan hal ini menjadi kritikal. Ketidakpuasan yang semakin menjadi di negara-negara
bahagian utara itu, memaksa Aurangzeb menjadikan Hasan Abdal sebagai markas
besarnya untuk menetap sejak Julai 1674 hingga Disember 1675. Dengan kepintaran
diplomasi dan kekuatan senjata, akhirnya pemberontakan dapat diatasi. Tahun
berikutnya, beliau ke selatan, menghapuskan pemberontakan kaum Mahratta,
orang-orang Rajput dan Jat.
Panglima Rajput, Raja Jaswant
Singh, yang khianat namun tiga kali diampuni Aurangzeb, wafat pada tahun 1679
dan tidak punya anak untuk menggantikannya. Tetapi setelah Jaswant Singh meninggal
dunia, permaisurinya melahirkan anak yang kemudian diberi nama Ajit Singh. Dia
tidak diakui sebagai ahli waris daerah Jaswant oleh Kaisar Mughal. Hal ini
menyebabkan timbul pemberontakan kaum Rathor. Dalam sebuah pertempuran yang
teratur dekat danau Puskar di mana Aurangzeb sendiri mengambil bahagian, para
Rajput dan Rathor berjaya dikalahkan.
Perang Deccan dan Bangkitnya Kaum Mahratha
Di zaman Shah Jahan, Deccan
telah dikuasai oleh tiga kerajaan Islam: Ahmednagar (Nizam), Bijapur
(Adilshahi) dan Golconda (Qutbshahi). Setelah beberapa pertempuran, Ahmednagar
secara efektif dipecahkan, dengan sebahagian besar wilayah kerajaan diserahkan
kepada Mogul untuk mengimbangi Bijapur. Salah satu jeneral Ahmednagar, seorang
Maratha Hindu yang bernama Shahaji, bergabung dengan Bijapur. Shahaji mengirim
isterinya Jijabai dan puteranya, Shivaji yang masih muda di Pune untuk merawat datuknya.
Pada tahun 1657, sewaktu
Aurangzeb menyerang Golconda dan Bijapur, Shivaji, menggunakan taktik gerilanya,
mengambil alih tiga benteng Adilshahi yang sebelumnya dikuasai oleh ayahnya.
Dengan kemenangan ini, secara langsung Shivaji mejadi pemimpin kaum Maratha
yang ingin memerdekakan diri. Para Maratha menyerang secara mengejut
pasukan-pasukan Adilshahi dan Mogul, sehingga mendapatkan senjata, benteng dan wilayah
ketenteraan di wilayah Bijapur mahupun Mughal. Shivaji, akhirnya menjadi
ancaman bagi negara-negara islam jirannya seperti Golkanda dan Bijapur. Setelah
melakukan satu serangan mengejut, dia segera menghilang dilembah-lembah pergunungan.
Mereka menggunakan taktik kejutan dan lebih suka menyerang dari belakang. Ada ketika,
Shivaji mengundang panglima Bijapur, Afzhal Khan untuk membicarakan perdamaian
dengan syarat bahawa kedua belah pihak tidak membawa senjata. Ketika Khan yang
berani itu datang untuk menemuinya tanpa curiga, Shivaji membunuh Afzhal Khan semasa
dalam rundingan.
Kemudian Aurangzeb menjadi
marah apabila mendengar berita itu dan mengarahkan bapa saudaranya, Shaista
Khan untuk berperang dengan orang-orang Mahratta itu seiring menaiki takhta pada
tahun 1569. Pasukan Mughal segera menawan Chakan dan Poona, tetapi mendapat kesukaran
dalam menghadapi gerombolan-gerombolan gerila yang sangat mahir menghilang ke
pergunungan apabila didekati. Shivaji melakukan serangan malam hari terhadap kem
Mughal di Poona, memasuki kota disertai dengan gerombolan tenteranya menduduki
kota Surat yang kaya itu selama empat hari pada Januari 1659 dan merampas harta
benda yang besar sekali nilainya.
Bahkan Shivaji menyerang
kediaman gabernor di Pune selama perayaan pernikahan pada waktu tengah malam.
Kaum Maratha membunuh anak Shaista Khan, bahkan melukai tangan Shaista Khan.
Shaista Khan yang hampir tidak selamat itu diangkat kembali sebagai pentadbir
Bengal dan menjadi panglima dalam perang melawan Ahoms. Aurangzeb membiarkan kemunculan
Maratha untuk beberapa tahun mendatang kerana beliau sibuk dengan urusan agama
dan politik lainnya termasuk bangkitnya Sikh. Shivaji menguasai benteng-benteng
Mogul dan Bijapur. Akhirnya Aurangzeb mengirim jeneralnya yang kuat, Raja Jai
Singh dari Amber, seorang Rajput Hindu, untuk menyerang Maratha. Jai Singh Berjaya
menawan benteng Purandar setelah pertempuran sengit di mana panglima Maratha
yang bernama Murarbaji dijatuhkan. Shivaji dan tenteranya terpaksa tunduk pada
perjanjian Purandar yang ditandatangani pada 11 Jun 1665 dimana Shivaji
diwajibkan untuk menyerahkan 23 pasukan tenteranya termasuk membayar pajakan
sebanyak 4 lakh Hun. Namun demikian, Shivaji masih tetap dibenarkan mempunyai
12 pasukan tentera. Sejak itu Shivaji menjadi raja Vassal (yang ditakluk) dari
kerajaan Mughal dan membantu Aurangzeb dalam Perang Bijapur. Namun kerana
menjadi tahanan rumah, dia berjaya melarikan diri dan pada tahun 1670 dia mengisytiharkan
perang terbuka terhadap Aurangzeb.
Shivaji akhirnya kembali ke
Deccan, dan menggelarkan dirinya sebagai pemerintah Maratha pada tahun 1674.
Sementara Aurangzeb terus mengirim pasukan menghadapinya, Shivaji memperluas
kekuasaan Maratha sepanjang deccan sehingga kematiannya pada tahun 1680.
Shivaji digantikan oleh anaknya Sambhaji. Secara ketenteraan dan politik,
Mughal gagal untuk menguasai deccan. Putera Aurangzeb, Akbar meninggalkan
istana Mughal dan bergabung dengan pemberontak Muslim di Deccan. Aurangzeb bertindakbalas
dengan memindahkan istananya ke Aurangabad dan mengambil alih sebagai panglima
tenteranya di Deccan. Pertempuran sering terjadi, dan Akbar melarikan diri ke
Persia dan tidak pernah kembali.
Pada 1689 pasukan Aurangzeb
menangkap Sambhaji, penggantinya Chatrapati Rajaram dan pasukan Marathanya
terus melanjutkan peperangan melawan kekuatan pemerintahan Mughal. Dengan
wilayah yang saling berpindah tangan selama bertahun-tahun peperangan tanpa
akhir. Bahkan ketika Aurangzeb semakin jauh ke barat wilayah Maratha terutamanya
dalam menakluk Satara, Maratha memperluas serangan mereka lebih lanjut ke tanah
Mughal, termasuk wilayah Mughal di Malwa, Hyderabad, Jinji di Tamilnadu.
Aurangzeb mengisytiharkan perang terus-menerus di Deccan selama lebih dari dua
dekat tanpa penyelesaian. Sehingga Aurangzeb kehilangan sekitar satu perlima
dari pasukannya melawan pemberontakan dipimpin oleh Maratha di Deccan India. Beliau
menghantar ribuan tentera ke Deccan untuk menakluk jajahan Maratha dan akhirnya
wafat pada usia 88 tahun, selama kempen terakhirnya melawan Maratha.
Beliau wafat pada 20 Februari
1707, dimakamkan di sebuah kuburan yang biasa di Aurangabad. Makam seorang Raja
Besar terakhir Hindustan merupakan bangunan batu yang sederhana tanpa lantai
marmar, rumput tumbuh di atasnya dan hal ini memang menggambarkan kesederhanaan
hidupnya. Orang mengenang Aurangzeb sebagai lelaki soleh yang adil, teguh
memegang syariah, berani dan pintar yang menjadi teladan dari kerajaan Islam.
Hidupnya dipenuhi dengan kesederhanaan dan tenaga yang tidak terbatas. Beliau
banyak melakukan solat dan puasa sunat. Beliaulah yang paling terpelajar
diantara semua pemerintah Mughal. Dia singkirkan semua tradisi yang tidak
sesuai dengan Islam, termasuk menunjukkan muka dari jendela 2 kali sehari,
menghentikan pembuatan, penjualan minuman keras serta menutup tempat-tempat
pelacuran. Dia memperkenalkan undang-undang Islam dan meningkatkan moral serta
kesejahteraan rakyatnya. Hidupnya merupakan teladan bagi rakyatnya, menanamkan
kesedaran untuk hidup biasa serta kesedaran akan keadilan diantara mereka.
Tidak seperti para
pendahulunya, Aurangzeb menganggap perbendaharaan kerajaan sebagai hak rakyatnya.
Beliau membuat kopiah dan salinan Quran sebagai pendapatannya. Beliau tidak
menggunakan perbendaharaan kerajaan untuk tujuan peribadi atau projek bangunan
mewah kecuali mungkin untuk satu projek beliau iaitu membangunkan Masjid
Badshahi yang terkenal di Lahore yang selama 313 tahun merupakan masjid
terbesar di dunia dan masih bertahan sampai hari ini sebagai masjid terbesar
ke-5 di dunia. Beliau juga membina sebuah masjid marmar kecil yang dikenali
sebagai Moti Masjid (Masjid Mutiara) di kompleks Benteng Merah di Delhi.
“Beliau tidak suka membuang
waktu,” Tulis Ball,”dan selalu dihormati dalam segala tindakannya. Tidak pernah
memakai pakaian yang dilarang agama, tidak juga pernah menggunakan piring dan cawan
dari perak atau emas. Di Istananya beliau melarang percakapan yang sia-sia, apatah
lagi fitnah.” Mengenai kesedaran akan keadilannya, Mr. U.N Ball menulis, ”Aurangzeb
melaksanakan kewajipannya sebagai pemerintah dengan segala kesungguhan. Dia
memiliki kesedaran mendalam akan keadilan, keberanian yang tinggi, ketahanan
yang tidak pernah jatuh. Beliau memimpin sendiri operasi-operasi ketenteraan,
bahkan pada usia 88 tahun, beliau tetap mempertahankan tenaganya itu sehingga
akhir hayatnya. (Mediaval India – oleh U.N Ball).
Ada salah satu kisah yang
menunjukkan betapa beraninya Aurangzeb, kuat peribadinya dan tekun beragama. Suatu
hari ketika Aurangzeb beliau solat di hutan di daerah Hyderabad deccan, beliau
melihat seekor harimau keluar dengan perlahan dari belukar berjalan menuju
kepadanya. Harimau itu cuba menerkamnya, tetapi beliau tidak membenarkan pengawal
peribadinya untuk membunuhnya. Aurangzeb membunuh sendiri harimau itu dengan
pedangnya, lalu meneruskan lagi solatnya.
Dikisahkan pada waktu perang
meletus antara Mughal – Maratha. Dalam peperangan itu, tentera Mughal hampir
kalah kerana tentera musuh menggunakan sihir. Senjata yang mereka gunakan tidak
dapat digunakan menentang musuh kerana telah bertukar kepada benda-benda lain.
Dengan ini, tentera Islam menjadi lemah semangat dan dengan mudah dibunuh oleh
musuh. Mendengar hal ini Aurangzeb segera bertindak. Ia segera kumpulkan
seluruh tentera dan tiap-tiap senjata yang digunakan unuk bertempur,
digantungkan kain bertulis. Tapi isi tulisan itu dirahsiakan, dan tidak seorang
pun diizinkan untuk membuka kain yang diikat pada setiap senjata itu. Para
tentera itupun kemudian berperang dengan berani dan penuh keyakinan serta
bertawakal kepada Allah. Dan mereka akhirnya menang. Setelah perang tamat,
Aurangzeb memerintahkan tenteranya membaca tulisan pada kain yang diikat pada
pada senjata itu. Alangkah terkejutnya mereka kerana kain itu hanya bertuliskan
Bismillah!
Satu tindakan berani yang
dilakukan oleh Aurangzeb semasa pemerintahannya adalah mengharamkan muzik kerana
muzik boleh membunuh jiwa perjuangan dan menyuburkan rasa khayal kepada cinta
yang sia-sia yang diharamkan oleh Islam. Segala bentuk hiburan selain zikir, selawat
dan lagu-lagu memuji Allah dilarang keras. Hal ini menimbulkan kejutan bagi para
pemuzik dan pendukungnya. Mereka melakukan demonstrasi dengan cara membawa
keranda mayat yang berisikan segala alat-alat muzik dalam suatu perarakan.
Sambil berarak mereka menangis pilu dan sedih agar dapat mengundang simpati pemerintah
dan rakyat. Mendengar suara tangisan yang mendayu-dayu itu, Aurangzeb pun
bertanya, “Apakah yang terjadi?” Setelah mendapat penjelasan, Aurangzeb pun
berkata, “Katakan kepada para pemuzik itu, cepat-cepatlah mereka kebumikannya kerana
aku dan rakyatku tidak tahan lagi dengan bau bangkainya!” Jawapan ini sangat
tepat dan tegas. Para pemuzik menjadi kecewa dan sekarang mereka kenal siapa
Aurangzeb sebenarnya. Tetapi dalam hati Aurangzeb, beliau sedar itulah cara
untuk menyelamatkan rakyatnya dari dosa dan balasan neraka di akhirat nanti.
Dia sedar bahawa dialah yang akan ditanya di Padang Masyhar nanti terhadap apa
yang dilakukan pada rakyatnya. Biarlah pahit kerana pahit itu adalah ubat.
Pemerintahan Mughal mencapai
puncaknya sehingga ke sempadan yang paling jauh sebelum Aurangzeb wafat.
Auangzeb melaksanakan misinya dengan penuh kegagahan, kemampuan dan dengan
tenaganya yang tidak tertanding. Tetapi para penggantinya terlalu lemah dan
tidak mampu menguasai kerajaan yang begitu luas, sehingga Kaum Maratha dapat
menguatkan diri dan secara efektif mengawal wilayah Mughal, merebut kekuasaan
dari pemerintah selepasnya yang lemah. Dalam 100 tahun selepas wafatnya
Aurangzeb, pemerintahan Mughal hanya memiliki sedikit kekuasaan di luar Delhi.
No comments:
Post a Comment